Halloooooooooooo ... wassup ..., ini ada lagi game .. tapi kali ni bukan buatan Tempatan ,

Saya terjumpa game ni masa duk surfing internet ... hmmm ... game ni di code oleh Pc72 seorang remaja dari Denmark .Beliau baru berumur 14 tahun !!!! .Dalam usia yang sungguh muda beliau telah berjaya menjadi seorang programmer  game dan berjaya menghasilkan game ciptaan sendiri ( sungguh membanggakan ).. Saya berharap ini akan menjadi pendorong kepada remaja-remaja tempatan untuk menghasilkan game ciptaan sendiri juga suatu hari nanti. ( daripada duk perabis duit mak ayah main komputer game , baik korang belajar buat game ehehehehe ). Percayalah ..sekiranya anda belajar buat game sendiri dan akhirnya anda berjaya buat game sendiri ( walaupun game tu orang tengok macam hampeh .. macam cipan sekali pun ) . Tetapi kepuasan yang anda dapat untuk itu lebihhhhh dari keseronokkan anda bermain dengan  komputer game yang terbaik yang anda telah beli dan main , kalu tak percaya cuba tanya Binqay , TorakBorak , Fujita , Spilocke , Khairul atau sesiapa saja laa yang pernah buat game sendiri). Malah anda tahu apa rahsia yang tersembunyi di sebalik game yang dicipta ..

Okay , berbalik pada game Pc72 ni , nama game ni ialah "Building Trouble" Game ni simple jer .. tapi menarik ... Kalau anda pernah main game "Prince Of Persia", konsep dia lebih kurang jer dengan game ni . Screen Mapping dia tak payah sangat untuk di buat sebab tiada "Scrolling", hanya fix pada screen.

Game ini di code dalam DOS , menggunakan language Qbasic . Pc72 menggunakan hanya Native coding untuk QBasic ( Tidak menggunakan external call ) tapi beliau masih mampu menghasilkan game yang baik ( pada pendapat saya la ).Kalau kita tengok .. file game ni kecik jer dalam 75K sahaja .. dan grafik mode yang di gunakan ialah Mode 13h ( 300X200 graphics resolution MCGA (Multicolor Graphics Array )).Sound untuk game ini tidak langsung menggunakan sound card , cukup dengan hanya menggunakan PC Speaker sahaja . Untuk grafik bagi Sprite pula ( Sprite tu bukan air botol macam Coca-cola , Fanta , Mirinda etc etc .. tapi adalah grafiks character untuk game)  beliau langsung tidak menggunakan grafik editor ( seperti Paint Brush , Photoshop, ACDSee etc etc )  untuk melukisnya , tapi beliau menggunakan kaedah BitMapping ( Bukan file .BMP dalam paint brush tuu ).BitMapping merupakan kaedah terawal yang digunakan oleh Game Programmer sebelum adanya grafik editor dan adanya mouse ( Kaedah ini amat popular di zaman komputer 8 bit seperti Atari , Amstrad , BBC , Apple II e etc etc ..  di tahun 80 an dahulu )

http://www.geocities.com/pc72s/Head.htm

Sila lawati laman diatas untuk maklumat lebih lanjut .

Kalau anda berminat untuk belajar programming untuk games , buat game yang simple-simple macam "Building Trouble" ni pun dah kira okay. Belajar buat yang mudah-mudah dulu .....sikit-sikit lama-lama jadi bukit  .

p/s:  so macam mana bagi Windows programmer tempatan ???  agak-agak buleh convert game ni kedalam windows tak?? tak kira la guna Visual Basic ker Visual C++  ker ..apa apa jer ler ..

Download:   BT.ZIP  ( Siap dengan Source code )

Screen Shots

 

< Back >