HOME
COMPILER
DOWNLOAD
PRODUCTS
ENGINEERING
GUEST BOOK
TAZKIRAH
Aqidah
Hati dan Zikir
Amalan Ikhlas
EQ Thinking
Kisah Rasullullah
Kisah saidatina Fatimah
SAJAK
MyBlog
|
|
Hati Dan Dzikrullah
Adapun kemuliaan dan keutamaan manusia yang mengatasi sejumlah dari
bermacam-macam makhluk yang lain adalah disebabkan persediaannya mengenal
Allah (ma'rifah kepada Allah).
Sesungguhnya manusia itu menyediakan diri bagi ma'rifah adalah dengan
HATI
nya. Tidak dengan salah satu anggota badannya. Maka hatilah yang
mengetahui Allah. Dialah yang mendekati kepada Allah. Dialah yang bekerja
kerana Allah. Dialah yang berjalan kepada Allah. Dan dialah yang membuka
apa yang disisi Allah. Dan sesungguhnya anggota badan itu adalah pengikut,
pelayan dan alat yang dipergunakan oleh hati. Dan dipakainya anggota badan
itu oleh hati seumpama tuannya memakai hambanya.
Sabda Nabi s.a.w
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila
ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya
jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! Iaitulah kalbu (hati)."
Hatilah yang diterima disisi Allah apabila ia selamat sejahtera dari
selain Allah. Dan hati itu terdinding (terhijab) dari Allah apabila ia
tenggelam dengan selain Allah iaitu lupa akan Allah. Hati akan berbahagia
apabila ia ingat akan Allah.
Firman Allah yang maksudnya::
"Dan memimpin orang-orang yang bertaubat
kepadaNya iaitu orang-orang beriman dan hati menjadi tenteram dengan
mengingati (dzikir) Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati
menjadi tenteram."(Arrad: 27-28)
Hati akan berbahagia dengan dekat kepada Allah. Maka akan beroleh
kemenangan apabila hati disucikan.
Hadith Nabi s.a.w yang maksudnya:
"Tiap-tiap sesuatu ada alat pembersihnya, dan yang membersihkan hati
itu ialah dzikir pada Allah."
Hadith Nabi s.a.w yang maksudnya:
" Dzikir itu menyembuhkan hati yakni ubat bagi penyakit hati daripada
kelam dosa dan lalai.".
Hatilah pada hakikatnya yang taat kepada Allah. Dan sesungguhnya
ibadah-ibadah yang berkembang pada anggota badan adalah cahaya hati.
Beroleh kekecewaan dan kesengsaraan apabila hati dikotorkan dan dirosakkan.
Hatilah yang derhaka, yang mengingkari Allah. Sesungguhnya kejahatan atau
kemaksiatan pada anggota badan adalah bekas-bekasnya hati.
Dengan bersinar dan gelapnya hati lahirlah kebaikan dan keburukan zahiriah.
Hatilah akan melahirkan kebaikan dan keburukan anggota tubuh badan kita.
Untuk membersihkan hati perlulah kepada dzikrullah. Sebagaimana Nabi s.a.w
telah menceritakan akan alat pembersih hati adalah dzikrullah.
Perlu diingatkan bahawa pekerjaan taat lain perlu dilakukan tetapi dzikir
tidak boleh ditinggalkan kerana hati sentiasa berbolak-balik sebagaimana
air yang menggelegak.
Maka perlulah kepada satu situasi/kondisi yang sentiasa dalam keadaan
dzikrullah sebagaimana keadaannya Rasulullah s.a.w seperti Sabdanya:
"Kedua mataku menidurkan aku tetapi hatiku
tidak tidur"
Firman Allah yang maksudnya:
"Dan sebutlah didalam hati kamu akan nama
Tuhanmu Allah (terus menerus siang dan malam) dalam keadaan dhaif dan
takutkan Allah, serta tumpukan kepada Allah (muraqabah) dengan sepenuh
tumpuan."(Muzammil)
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang telah
membersihkan dirinya (dengan iman dan amal soleh). Dan sentiasa menyebut
nama Tuhannya Allah dan mendirikan solat. Tetapi (kebanyakan) kamu
mengutamakan kehidupan dunia. Sedangkan kehidupan Akhirat itu lebih baik
dan lebih kekal" (Al-A'la)
"Apabila telah selesai sembahyang maka
bertebaranlah kamu di muka bumi
dan carilah limpah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya
kamu beruntung." (Al- Jumu'ah)
Semoga Allah mengurniakan kita menjadi ahli dzikir atau AhliLLAH.
InsyaAllah.
Walabagaimanapun kita perlulah belajar akan cara-cara berdzikrullah dari
ahlinya sebagaimana sahabat belajar cara berdzikrullah dari Rasulullah
s.a.w.
Diriwayatkan bahawa `Ali bin Abi Talib bertanya kepada Nabi s.a.w jalan
yang paling dekat untuk sampai kepada hakikat Allah dan keredhaanNya, yang
paling afdhal dan paling mudah diamalkan. Nabi s.a.w pun memerintahkan
`Ali supaya sentiasa berdzikrullah secara terang dan rahsia.
Akhirnya `Ali meminta Nabi s.a.w mengajarkannya bagaimana cara
berdzikrullah itu.
Nabi s.a.w pun mengajarkan `Ali dzikir ..Laa illaha illaLLAH dengan
menyebutkan sebanyak tiga kali sambil memejamkan kedua-dua mata baginda
dengan menguatkan suaranya. Kemudian `Ali pun melakukan seperti Nabi s.a.w
buat itu sambil disemak dan diperhatikan oleh baginda.
Begitulah kitapun perlu belajar akan dzikrullah itu semuaga InsyaAllah
dikurniakan kita akan ahliLLAH.
Wallahualam.
(Petikan Shaikh Dalam Ilmu Thariqah - Dr. Jahid Sidek)
(Petikan Ihya Ulumuddin - Imam Al-Ghazali Jilid 4 mengenai Bab Keajaiban
Hati)
|
|
NNature for Purity
Ocean is always blue
Wild Life is always the beauty
The World is always Round
|