JALI Software  since 1995 (c)                
HOME
COMPILER
DOWNLOAD
PRODUCTS

ENGINEERING
GUEST BOOK

TAZKIRAH
Aqidah
Hati dan Zikir
Amalan Ikhlas
EQ Thinking
Kisah Rasullullah
Kisah saidatina Fatimah

SAJAK
MyBlog

Ini adalah laman web rasmi JALI Software since 1995 (c) 

JALI Software adalah sebuah badan persendirian yang mejurus kepada reka cipta  dan pengaturcaraan game . Mula diasaskan pada 1995 secara persendirian dan merupakan badan non-profitable dan bebas.

Tujuan penubuhan badan ini adalah untuk menggalakan remaja tempatan menjuruskan diri dalam bidang reka cipta Game dan pengaturcaraan game pada peringkat awal  ( bermula di alam persekolahan lagi.)

Dari Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW:
"Bukan kekayaan sebenar kerana memiliki harta benda yang banyak , akan tetapi kekayaan itu ialah kaya hati dan jiwa" (Muttafakunalaih)

 

JALI Software NEWS
JALI Software\'s Update 2011-10-19 9:52:17 AM
Money Manager for windows has been uploaded.

For those who are interested in managing their own account ( cash account ), you can simply use this program

I use this program to monitor my monthly cash follow. It\'s VERY Easy to use ..... :)

http://www.jalisoftware.com/money.htm

GUIDE ME TO THE RIGHT PATH.. 2011-10-14 6:14:23 AM
SAYANG....

SAMA-SAMALAH KITA MELAYARI KEHIDUPAN INI DENGAN REDHA ALLAH....SIAPALAH KITA TANPA REDHANYA & RAHMATNYA...

DUNIA ADALAH TITIAN AKHIRAT...MOGA-MOGA TITIAN YG KITA LALUI MAMPU MEMBAWA KITA KE DESTINASI YANG DIIMPIKAN...SYURGA YANG KEKAL ABADI...
AMEEN YA RABBIL \'ALAMIN

NUKILAN HATI SEORANG INSAN YG BERNAMA ISTERI

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT... 2011-10-14 6:01:41 AM

Antara suasana yang membimbangkan berlaku kepada kebanyakan umat Islam pada hari ini ialah gejala meninggalkan solat Subuh dan meninggalkan solat Subuh berjamaah di Masjid. Meskipun diketahui bahawa mengerjakan solat Subuh khususnya di Masjid secara berjamaah mempunyai kelebihan yang besar di sisi Islam dalam menjana kekuatan Iman namun kini ramai yang mengabaikannya. Malah di kalangan mereka yang mendokong perjuangan Islampun ramai yang kalah untuk bangun awal mengerjakan solat Subuh di Masjid.

Keadaan ini adalah berpunca dari sikap suka berjaga lewat malam samada kerana melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bersukan, makan-makan dan berbual kosong dalam perkara yang tiada manfaat. Inilah yang selalunya menyebabkan umat Islam berjaga hingga lewat malam hingga menyebabkan mereka terlepas keberkatan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW di awal pagi. Jika kita lihat generasi umat Islam lampau mereka sangat mengambil berat soal tidur awal agar mereka dapat bangun lebih awal untuk melaksanakan ibadah dan seterusnya bekerja di awal pagi dengan perasaan yang segar dan sihat. Oleh kerana itulah kehidupan generasi lampau di kalangan datuk, nenek dan moyang kita sentiasa sihat dan bertenaga di siang hari. Jarang sekali kita dengar mereka ditimpa penyakit atau tekanan perasaan seperti yang berlaku pada ramai orang pada hari ini. Oleh kerana itulah Nabi SAW bersabda:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

Ertinya: “Ya Allah! Berkatilah ummat ku diwaktu paginya”. Hadis riwayat Ahmad

Bagi membantu sahabat-sahabat untuk bangun awal diwaktu pagi supaya dapat bertahajjud, solat sunat dua rakaat sebelum subuh dan solat subuh berjamaah di Masjid, di sini dinukilkan beberapa kaedah yang sedikit-sebanyak dapat membantu.


Kaedah membantu diri untuk mudah bangun pagi ialah:

1) Tidur awal:

Menjadi kebiasan mereka yang tidur awal akan bangun awal dan sebaliknya mereka yang tidur lewat akan bangun lewat. Oleh kerana itu adalah makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berbual-bual kosong dan membuang masa selepasnya hingga menyebabkan tidur lewat. Namun begitu ada keadaan yang dikecualikan untuk tidur lewat sepertimana yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim. Katanya: Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamullail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan, adapun sekiranya pada perkara yang ada maslahat dan kebaikan maka tidaklah makruh, seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaiakan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh”.

Bagi seorang Muslim yang perihatin dia berjaga malam adalah kerana aktiviti perjuangan dan ibadah dan bukannya kerana perbuatan lagho, dan jika sekiranya dia lewat tidurpun dia tetap berusaha dan memastikan bangun awal untuk ke Masjid solat berjamaah subuh.

2) Memelihara adab tidur:

Kunci kedua untuk mudah bangun di waktu subuh ialah memelihara amalan sunnah ketika tidur di waktu malam. Iaitu dengan berwudhuk, ketika di atas pembaringan duduk sambil menghimpunkan kedua-dua belah telapak tangan dan meniupkan ke atasnya selepas membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian di sapu keseluruh badan dan tidur dengan membaca doa sebelum tidur. Bagi mereka yang sukar bangun pagi, hendaklah memohon bantuan daripada ahli keluarga, kawan atau jiran bagi membantu menggerakkannya untuk bangun di awal pagi atau menyediakan jam loceng. Bagi mereka yang sudah terbiasa bangun awal di waktu subuh selalunya tidak menjadi masalah untuk bangun awal kerana secara fitrah dia akan bangun pada masanya dan tidak perlu kepada faktor luaran untuk menggerakkannya kerana seolah-olah ia sentias dibantu oleh para Malaikat untuk bangun awal.

Kemudian setelah terjaga hendaklah membaca doa dan janganlah sekali-kali meneruskan tidur kerana ia akan membawa kepada terjaga lewat.

3) Memenuhkan dada dengan Iman dan ‘amal soleh:

Keimanan yang kuat adalah merupakan pendorong utama bagi seseorang melakukan sesuatu yang sukar. Mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di Masjid adalah suatu amalan yang sukar dan ia tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala. Justeru bagi meningkatkan keimanan dalam dada, seseorang itu hendaklah menambahkan amalannya dengan banyak melakukan kebaikan, kerana dengannya hati seseorang itu akan menjadi suci dan bersih yang memudahkan untuk suburnya Iman. Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan kekerasan hati adalah menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah yang sukar seperti solat Subuh berjamaah di Masjid dan qiamullail. Hati boleh menjadi keras kerana dikotori oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, ujub dan riak atau disebabkan makan dari sumber yang tidak halal.

4) Menjauhi perbuatan maksiat:

Maksiat adalah penghalang bangun solat Subuh dan mengerjakannya di Masjid. Justeru hendaklah kita sentiasa menjauhi segala maksiat. Seperti yang berpunca daripada mata iaitu melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, samada melalui televisyen ataupun internet. Juga yang berpunca dari lidah iaitu perbuatan mengata orang, mengeji, mengumpat dan menabur fitnah. Juga yang berpunca dari telinga seperti mendengar hiburan-hiburan haram dan umpatan serta fitnah. Mereka yang melakukan maksiat selalunya sukar untuk bangun solat Subuh atau ke Masjid kerana ia melemahkan naluri beramal soleh dan menghakis keyakinan kepada janji-janji kebaikan daripada Allah Taala. Mata, lidah dan telinga sepatutnya digunakan bagi melihat, membaca dan mendengar perkara kebaikan seperti al-Quran, al-Hadis, ceramah dan lain-lain.

5) Mengetahui kelebihan solat Subuh dan fadhilat mengerjakannya di Masjid

Hendaklah mengetahui kelebihan dan keistimewaan amalan solat subuh dan mengerjakannya di Masjid kerana dengan mengetahuinya barulah seseorang itu terdorong untuk berlumba melakukannya. Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

Ertinya: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secra berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. Hadis riwayat Imam Muslim.

Ibnu Mas ‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:

ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنِهِ أَوْ أُذُنَيْهِ

Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga). Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.

Menurut Imam Al-Qurtubi kencing syaitan adalah kencing yang hakiki dan bukan hanya simbolik. Sebab itu ada kalanya kita boleh kenal mereka yang tidak solat Subuh kerana wajahnya yang suram akibat dari kencing syaitan, berbeza dengan merek yang bangun solat Subuh di awal pagi.

Kebesaran dan keagungan solat Subuh berjamaah di Masjid hendaklah dimasukkan ke dalam hati kerana ia akan menangkis bisikan syaitan yang selalu membisikkan rasa ringan meninggalkannya. Bagi para ulama dan ustaz pula hendaklah menanamkan rasa malu dan bersalah yang amat sangat jika tidak hadir solat Subuh berjamaah kerana dia adalah contoh ikutan orang awam.

6) Mengetahui kesan meninggalkan solat subuh@solat berjamaah subuh.

Antara punca jiwa menjadi lemah dan hilangnya banyak daripada kelebihan agama dan dunia ialah bangun lewat dan meninggalkan fardhu subuh. Oleh kerana itulah syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda: ((Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu iakatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas)). HR Al-Bukhari.

Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan, justeru Nabi SAW memelihara waktu tersebut iaitu memenuhkannya dengan zikir dan baginda selalunya selepas subuh terus duduk sambil berzikir sehinggalah terbit matahari, dan kemudian baginda solat dua rakaat Dhuha.

Amalan ini menjadi ikutan para ulama salafussoleh, antaranya ialah Imam Ibnu Taimiyyah yang turut melakukan amalan duduk berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit matahari sepertimana yang dikhabarkan oleh muridnya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah.

Waktu selepas solat Subuh adalah saat banyaknya kebaikan dan keberkatan, kerana itulah Nabi SAW berdoa:

((اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِيْ فِيْ بُكُوْرِهَا))

Maksudnya: Ya Allah berkatilah ummatku di waktu pagi! HR Al-Tirmizi.

Oleh sebab itu kita lihat mereka yang berjaya dalam urusan dunia mereka seperti berniaga, menternak atau bertani memulakan kerja mereka di awal pagi kerana rezki terbuka luas di waktu tersebut. Begitulah juga dalam urusan akhirat waktu pagi adalah saat yang paling baik menambahkan amal ibadah. Oleh itu mereka yang mengsia-siakan waktu tersebut dengan tidur atau berehat-rehat sahaja sebenarnya telah mendapat kerugian dalam hidup mereka.

Di samping kelebihan dalam kerja dan ibadah, mereka yang bangun awal juga mendapat kebaikan dari sudut kesihatan kerana udara yang dihirup di waktu subuh adalah udara yang segar dan akan hilang kesegarannya apabila terbitnya matahari. Kesegaran udara di waktu pagi ini akan mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergasan fizikal.

7) Menjauhi sifat-sifat munafiq.

Kehadiran diri ke Masjid di waktu subuh adalah merupakan bukti kekuatan iman seseorang Muslim dan bebasnya diri dari sifat minafiq kerana ia adalah waktu paling sukar untuk melaksanakan ketaatan. Rasulullah SAW bersabda:

((إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا))

Maksudnya: (( Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak)) HR Al-Bukhari dan Muslim.

Abdullah bin Mas ‘ud r.a berkata: “Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya”. Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah.

Ibnu Umar r.a pula berkata: “Apabila kami dapati ada lelaki yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (Subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya”. Riwayat Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah.

Oleh itu jika anda mahu mengukur secara zahir iman seseorang maka ia boleh diukur dengan keadaan solat Subuhnya. Jika dia seorang yang sangat memelihara solat Subuh dan melaksanakannya secara berjamaah di Masjid maka ia menjadi bukti kepada kekuatan imannya. Namun jika sebaliknya, dia sangat malas berjamaah di Masjid waktu subuh maka itu adalah petanda imannya yang bermasalah serta kekerasan hatinya. Ia juga menunjukkan ketundukannya kepada hawa nafsu dan kekalahannya kepada bisikan syaitan. Seseorang yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman seseorang kerana dia telah menang dalam peperangan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur.

Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solatdi Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pag

WASIAT IMAM AS-SHAFIE\' 2011-10-04 2:24:27 PM
SEBELUM IMAM AS-SHAFIE\' PULANG KE RAHMATULLAH, BELIAU SEMPAT BERPESAN KEPADA SELURUH UMMAT ISLAM, \"BARANGSIAPA YANG HENDAK MENINGGALAKN DUNIA DALAM KEADAAN SELAMAT, MAKA HENDAKLAH DIA MENGAMALKAN
10 PERKARA:-

1-HAK KEPADA DIRI:
IAITU MENGURANGKAN TIDUR, MENGURANGKAN MAKAN,
MENGURANGKAN PERCAKAPAN DAN BERPADA-PADA PADA
REZEKI YANG ADA

2-KEWAJIPAN KEPADA MALAIKAT MAUT
IAITU MENGQADHAKAN KEWAJIPAN2 KEPADA ALLAH,
MENDAPAT KEMAAFAN DARI ORG YG KITA ZALIMI,
MEMBUAT PERSEDIAAN UTK MENGHADAPI MATI DAN
MERASA CINTA KEPADA ALLAH

3- HAK KEPADA KUBUR
IAITU MEMBUANG TABIAT SUKA MENABUR FITNAH,
MEMBUANG KENCING MERATA-RATA, MEMPERBANYAKKAN
SOLAT TAHAJUD DAN MEMBANTU ORANG DIZALIMI

4- HAK KEPADA MUNKAR NAKIR
IAITU TIDAK BERDUSTA, BERKATA BENAR &
MENINGGALKAN MAKSIAT & NASIHAT MENASIHATI

5- HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN HARI KIAMAT
IAITU MENAHAN KEMARAHAN, BANYAK BERZIKIR &
MENGIKHLASKAN AMALAN & SABAR MENGHADAPI SUSAH

6- HAK KEPADA SIRAT
(TITIAN YG MERENTANGI NERAKA)
IAITU MEMBUANG TABIAT MENGUMPAT, MEMBANTU ORG
BERIMAN & SUKA BERJEMAAH.

7- HAK KPD MALIK (PENJAGA NERAKA)
IAITU MENANGIS TAKUTKAN ALLAH, BERBUAT BAIK PD
IBU - BAPA, BERSEDEKAH & PERELOKKAN AKHLAK

8- HAK KPD RIDHWAN (PENJAGA SYURGA)
IAITU REDHA DGN QADHA ALLAH, BERSABAR
MENERIMA BALA,BERSYUKUR ATAS NIKMAT DAN
BERTAUBAT APABILA MELAKUKAN DOSA

9- HAK KPD NABI S.A.W
BERSELAWAT KEPADA BAGINDA, BERPEGANG KPD
SYARIAT & SUNNAH, MENYAYANGI PARA SAHABAT,
BERSAING DALAM MELAKUKAN AMALAN KEBAIKAN

10-HAK KPD ALLAH
IAITU MENGAJAK KE ARAH KEBAIKAN & MENCEGAH
KEMUNKARAN, MENYUKAI KETAATAN & MEMBENCI
KEMAKSIATAN

SEKIAN , WASSALAM




HATI INSAN BERGELAR ISTERI 2011-10-03 10:40:15 PM
Tiada manusia yang mahukan kesusahan di dalam hidup.
Tiada manusia yang mahukan kepada penderitaan melainkan manusia yang jiwa dan fikirannya sudah tidak normal.
Tiada siapa mahu diumpat keji, kematian orang-orand yang dikasihi, turun pangkat, harta kekayaan
musnah, dikata nista oleh masyarakat dan berbagai-bagai lagi.

Kalau boleh lari dari kesusahan atau penderitaan hidup pasti akan ramai manusia yang berusaha berbuat begitu. Tetapi ke mana hendak
dilarikan diri, kerana dunia ini sudah Allah tentukan sebagai tempat ujian.
Orang kaya diuji dengan kekayaannya, yang miskin dengan kemiskinannya, orang berpangkat diuji dengan kedudukannya, orang
bawahan diuji dengan kesusahannya. Begitulah, selagi nyawa
dikandung badan selagi itu manusia tidak akan terlepas dari ujian
kesusahan hidup.

Walaupun sudah begitu perjalanan alam tetapi terdapat para cerdik
pandai hari ini yang bertungkus-lumus mencari dan menggunakan
berbagai-bagai cara untuk manusia melepaskan diri dari kesuasahan
dan penderitaan hidup. Maka kita boleh lihat pada hari ini wujud
berbagai-bagai usaha; alat dicipta untuk mengetahui sebarang
malapetaka sebelum menimpa dunia, perubatan dalam teknologi moden
untuk mengatasi segala penyakit, berbagai petua yang awet muda,
diolah panduan-panduan hidup yang boleh membawa kepada bahagiaan;
namun apa yang Allah tentukan tetap berlaku.

Bagi orang yang beriman, kesusahan dan penderitaan hidup sudah
dianggap semuanya itu sebagai ketentuan dari Allah. Mereka
mengusahakan sifat-sifat terpuji pada hati seperti sifat redha,
sabar, ikhlas, baik sangka dan tawakal. Bila sifat-sifat ini wujud
dalam hati, walau kesusahan dan penderitaan bagaimana beratpun yang
datang akan dirasai dengan kehendak Allah.

Hakikatnya semua jiwa manusia tidak suka dan bergembira pada
kesusahan. Tiada manusia yang mahu berkata, \"Wahai Tuhan,
datangkannlah padaku kesusahan dan penderitaan\" atau \"Aku bergembira
dengan kesusahan hidup yang menimpa\". Manusia yang jiwa dan fikiran
yang sihat akan berkata, \"Wahai Tuhan, berilah kelapangan dan
kebahagiaan pada hidupku dunia dan akhirat\".

Kaum wanita yang asal kejadiannya lemah juga seboleh mungkin tidak
mahu mengalami dan menaggung penderitaan di dalam hidup. Lebi-lebih
lagi untuk menanggung krisis rumahtangga yang akan mengakibatkan
kepada pendertaan batin, fikiran terganggu, kurus kering badan dan
air mata selalu mengalir.

Ada segolongan orang yang berpandangan bahawa masalah rumahtangga
adalah perkara kecil jika dibandingkan dengan masalah-masalah lain.
Sebenarnya bagi seorang wanita yang berada pada fungsinya yang
sebenar, akan merasa bahawa masalah rumahtangga adalah masalah yang
besar. Wanita akan mudah rasa sensitif dangan masalah yang timbul
dalam rumahtangga kerana sebahagian besar masa wanita itu adalah
dirumah. Jadi mahu tidak mahu wanita terpaksa berhadapan dan
menanggung segala masalah yang timbul dalam rumahtangga.

Maka tidak hairan kalau kehancuran rumahtangga boleh meragut seluruh
kebahagiaan hidup seorang wanita. Tidak ada lagi kedamaian
rumahtangga. Menasabah sekali dalam Islam telah mengkategorikan
rumahtangga yang selalu porak-peranda sebagai \"neraka dunia\" dan
rumahtangga yang aman damai sebagai \"Jannatul Ajilah\" iaitu \'syurga
dunia\' yang ementara sebelum menemui syurga yang kekal abadi.

Justeru itu sudah pasti bagi setiap wanita tidak mahu bersuamikan
seorang lelaki yang curang, yang sering membawa pertelingkahan
ataupun benci-membenci antara satu sama lain. Pasti semuanya
mencintakan sebuah rumahtangga yang bahagia, kasih mengasihi antara
suami isteri ataupun suami yang menyerahkan cinta tanpa berbelah
bagi. Inilah bentuk kebanyakan hati dan perasaan setiap wanita
ketika hendak mendirikan rumahtangga.

Kita boleh lihat kebanyakan muda-mudi hari ini sebelum mendirikan
rumahtangga akan bersumpah setia yang disaksikan oleh bulan dan
bintang untuk sehidup semati ataupun kasih tidak akan bertukar ganti.

Begitukah bentuk tersebut boleh dikategorikan sebagai cinta suci
yang patut wujud dalam rumahtangga Islam. Cinta suci dalam istilah
si lelaki tidak boleh berbelah kasih demi kesetiaan pada si
perempuan. Rasa-rasanya cinta bentuk ini adalah hipokrit. Wujud atas
dasar tidak mahu kasih dibelah bagi. Mahu suami hanya menumpukan
kepada dirinya seorang diri.

Kemungkinan juga cara kita menilai tentang cinta banyak dipengaruhi
oleh filem-filem hindustan yang begitu popular satu masa dulu. Si
hero akan buat apa saja demi membuktikan cinta kepada si heroin
walaupun nyawa menjadi tebusan. Setelah si hero dan si heroin
selesai menghadapi berbagai rintangan akhirnya hiduplah mereka aman
damai hingga ke anak cucu. Ataupun kita menilai tentang cinta banyak
dipengaruhi oleh kisah cinta Laila Majnun atau Romeo Juliet yang
sanggup mati bersama. Agaknya ada yang berpendapat inilah bentuk
cinta yang tinggi nilainya.

Sekiranya beginilah bentuk fikiran dan jiwa setiap pasangan yang
hendak mendirikan rumahtangga, pasti mereka tidak akan menemui
kebahagiaan, kerana pengalaman telah menunjukkan banyak kegagalan
sekiranya rumahtangga dibina atas bentuk ini. Hati jarang merasa
tenang kerana sering mempertikaikan apakah dia masih setia padaku.
Kalau didapati pasangan yang jelas mungkir janji maka akibatnya
lebih teruk lagi. Hati akan hancur berkecai dan timbul tindakan-
tindakan tanpa arah tujuan.

Tidak hairan kalau wujud risiko sebegitu rupa kerana penyerahan
cinta sudah disalah letak. Pergantungan hati telah diletak pada
hamba yang lemah, bukan kepada yang Allah Yang Maha Gagah Perkasa.
Orang yang kita cintai tidak ada kuasa apa-apa untuk mengatur
kebahagiaan kepada kita.

Yang dikatakan cinta suci dalam rumahtangga Islam ialah apabila kita
dapat menyerahkan seluruh cinta kita kepada Allah S. W. T. dan suami
hanya jalan untuk kearah tersebut (alat) dan bukan matlamat. Apabila
cinta telah dapat diletak pada tempat yang betul maka dengan
sendirinya perhubungan kita dengan suami akan berjalan lancar. Kasih
sayang dengan suami akan menjadi bersih dan suci. Suami menjadi
orang yang paling kita muliakan dan taati, lantaran itu yang diminta
olen Allah S. W. T.

Cinta yang berada pada tempat yang betul akan mengawal nafsu kita
dari meminta suami meletakkan seluruh kecintaannya kepada kita
seorang. Kalau kita bersikap begitu maka menandakan ada sikap
hipokrit dalam diri. Kita hanya memetingkan perasaan dan kesusahan
diri sendiri tanpa memikirkan keperluan suami dan nasib kaum sejenis.

Justeru itu cinta suci dalam rumahtangga amat berharga untuk kita
usaha dan miliki. Kerana cinta suci akan dapat meletakkan hati dan
fikiran kita dalam keamanan. Hati dan fikiran tidak akan dapat
dikacau dan ditakut-takutkan oleh sesuatu perkara yang belum datang
seperti bisikan suara yang selalu datang menganggu, \"Kalau suami
kamu kasihnya berbelah bagi, apa nak jadi?\" Bisikan-bisikan jahat
berupa itu tidak akan dapat mengundah-gelanakan hati kita kerana
cinta telah diletakkan pada Allah bukan pada manusia. Allah yang
menjadi matlamat.

Kita yang tidak pandai menilai pengertian cinta dari Allah.
Kemungkinan jiwa kita akan merasa sakit dengan ujian yang menimpa
seperti suami yang kasihnya berbelah bagi. Tetapi hendaklah kita
faham bahawa mungkin dengan ketentuan Allah yang berbentuk begitu
sahaja dapat meningkatkan iman kita. Allah mahu hamba-Nya selalu di
akhirat bukan hanya setakat selamat di dunia saja. Untuk itu Allah
tidak akan teragak-agak mendatangkan ujian pada hamba-Nya yang dikasihi-Nya.




   

 

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab allah , tidakkah kamu berakal?" -Al - Baqarah:44

 

Nature for Purity


Ocean is always blue


Wild Life is always the beauty


The World is always Round