JALI Software  since 1995 (c)                
HOME
COMPILER
DOWNLOAD
PRODUCTS

ENGINEERING
GUEST BOOK

TAZKIRAH
Aqidah
Hati dan Zikir
Amalan Ikhlas
EQ Thinking
Kisah Rasullullah
Kisah saidatina Fatimah

SAJAK
MyBlog

Ini adalah laman web rasmi JALI Software since 1995 (c) 

JALI Software adalah sebuah badan persendirian yang mejurus kepada reka cipta  dan pengaturcaraan game . Mula diasaskan pada 1995 secara persendirian dan merupakan badan non-profitable dan bebas.

Tujuan penubuhan badan ini adalah untuk menggalakan remaja tempatan menjuruskan diri dalam bidang reka cipta Game dan pengaturcaraan game pada peringkat awal  ( bermula di alam persekolahan lagi.)

Dari Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW:
"Bukan kekayaan sebenar kerana memiliki harta benda yang banyak , akan tetapi kekayaan itu ialah kaya hati dan jiwa" (Muttafakunalaih)

 

JALI Software NEWS
Cerita anak Umar Abdul Aziz 2011-09-23 2:40:59 PM
Semua kita tentu mengenali Umar Abdul Aziz, Khalifah Bani Umaiyah yang kelima dan terkenal itu. Walaubagaimanapun kita agak kurang mengenali anak beliau yang bernama Abdul Malik bin Umar Bin Abdul Aziz. Secara ringkas, beliau merupakan anak yang sangat disayangi oleh Khalifah dan dikatakan kerana beliaulah Khalifah menjadi lebih zuhud dan bertanggungjawap.

Sebelum itu kita kembali secara ringkas kepada waktu dimana Umar Abdul Aziz selepas dilantik menjadi Khalifah. Selepas sahaja beliau dilantik menjadi khalifah dalam satu majlis selepas kematian Sulaiman Abdul Malik, beliau hendak balik ke rumah, tatkala itu dia terdengar bunyi kenderaan berkuda yang hebat dan kuat dibawa kepadanya dan disamping itu sejumlah pengawal-pengawal dan tentera-tentera datang mengelilingi beliau , maklumlah beliau merupakan Amirul Mukminin yang memerintah ¼ dunia pada waktu itu.

Lantas Umar Abdul Aziz berkata, \'apakah yang kamu bawa kepada aku ini? \'. Mereka berkata\' ini adalah kenderaan khalifah\'. Maka Umar Abdul Aziz berkata\' aku adalah salah seorang dari kamu iaitu kaum muslimin, pulangkan kenderaan itu ke Baitulmal, begitu juga kamu tentera-tentera, kamu pergilah bekerja dengan tentera kerajaan jika kamu mahu bekerja, jika tidak, kamu juga boleh ambil cuti\'. Lantas beliau menaiki baghal sebagai kenderaan dan balik ke rumah.

Setibanya beliau dirumah, beliau hendak berehat setelah letih menguruskan jenazah mantan khalifah iaitu bapa saudara beliau sendiri. Semasa itulah Abdul Malik(anak beliau) menegurnya dan bertanya \' Kemana ayah hendak pergi? \'. Lantas ayahnya berkata \'ayah letih, hendak berehat sebentar sebelum masuk waktu Zuhur\'. Lantas anaknya bertanya \'kenapa ayah tidak memulakan kerja dan mengembalikan hak-hak orang yang terinaya? \'. Umar pun berkata\' bagilah ayah berehat dahulu\'. Maka anaknya berkata \'Siapakah yang menjamin ayah akan hidup selepas ini dan apabila nanti hak-hak ini dituntut disisi Allah? \' Maka lantas Umar Abdul Aziz bangun dan mencium antara kedua kening anaknya dan berkata \' Segala puji bagi Allah yang mengurniakan aku Abdul Malik !\'.

Dikatakan anaknya yang ini mengheretnya kealam kezuhudan. Abdul Malik dihantar ke sempadan iaitu hampir-hampir dekat dengan tentera untuk melihat aktiviti –aktiviti tentera dalam membuka wilayah yang baru. Umar Abdul Aziz sangat sayang kepada anaknya ini.

Suatu hari terdengar ditelinga Umar abdul Azizi mengenai anaknya itu yang dikatakan ada sedikit \'ego\' dan ini menyebabkan beliau tidak merasa selesa. Lantas memanggil orang kanannya iaitu Maimun Bin Mahram lantas berkata \' Wahai Maimun, anakku ini telah menghiasi mataku (maksudnya segala-gala mengenai anaknya indah baginya), aku bimbang kecintaanku kepadanya membuatkan aku tidak dapat melihat kecacatannya, maka engkau pergilah jumpa dengannya, kerana orang kata dia ada sifat sombong\'.

Maka Maimun pun pergi kesempadan iaitu tempat anaknya tinggal, apa yang Maimun nampak apabila berjumpa dengan Abdul Malik ialah seorang pemuda yanag sangat tacap, sangat berakhlak dan sangat beradap. Tempat tidurnya sangat sederhana(tikar sahaja). Maimun bertanya \' dimanakah kau mengambil makanan setiap hari? \'. Abdul Malik menjawap \' Alhamdulliah makanan halal, aku bekerja diatas tanah bapa saudaraku setiap hari\'. Kemudian Abdul Malik menyatakan kebimbangan terhadap ayahnya iaitu \' aku bimbang kecintaan bapaku kepadaku menyebabkan beliau tidak dapat melihat kecacatanku! \'. Maka bertambah lagilah kekaguman Maimun kepada Abdul Malik kerana bapanya menyatakan perkara yang sama sebelum beliau datang ke sini.

Kemudiannya, samasa Maimun duduk sebentar disitu, tiba-tiba datanglah \'tokey\' tempat mandi awam (hammam- tempat mandi air panas – zaman tersebut tiada heater semasa musim sejuk) lantas memberi kunci kepada anak Umar Abdul Aziz. Lalu Maimun bertanya \' untuk apakah ini? \'. Maka Abul Malik menjawap, \'aku hendak mandi\'. Disamping itu juga \'tokey\' itu berkata \'kau pergilah mandi sekarang, aku telah mengeluarkan semua orang ramai dari tempat mandian tersebut\'.

Mendengarnya perkataan itu, Maimun berkata \'aku sangat mengkagumimu sehiggalah tadi , sebab apakah kau mengeluarkan semua orang ramai dari tempat mandian itu, kau sombong? \'. Abdul Aziz berkata \' saya tak sombong tapi saya sudah bayar kepada tuannya dengan kadar untuk semua orang\'. Lantas Maimun berkata \' kau membazir? \'. Anak Umar Abdul Azizi berkata \'saya bukan membazir, tetapi mereka ini orang kampong, kebiasaannya kadang-kadang mereka tidak menjaga aurat, susah saya, kalau ditegur, mereka kata saya sombong dan sebagainya. Jadi kan elok saya membayar untuk menjadikannya hanya saya sahaja mandi ditempat ini\'. \'Kau sombong !\' kata Maimun, \'kenapa kau sabar sahaja dan menunggu hingga mereka semua keluar, penghujungya baru kamu mandi, kenapa perlu membazir? \'.

Anak Umar Abdul Aziz pun berkata \' aku berjanji aku tidak akan membuatnya lagi kalau itu tanda ornag yang sombong \'. Kemudianya Maimun berkata \' macamana aku hendak melapurkan kepada bapa engkau ? \' ( Maimun ingin menguji lagi anak Umar Abdul Aziz). Lantas Abdul Malik berkata \' kau kata kepada ayahku, engkau ada melihat perkara yang kurang elok padaku, dan engkau telah menasihatku dan aku telah beristifar dan menginsafinya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi\'. \'Bagaimana pula jika ayah engkau bertanya apakah perkara tidak elok itu? \'. Lantas anak Umar Abdul Aziz berkata \'TIDAK!\', ‘Ayahku tidak akan bertanya sebab ayahku pun tahu Allah tidak menyuruh membuka aib orang\'. Tambahnya lagi \' Ayahku tidak akan bertanya aib orang termasuklah aib anaknya kerana ianya bukanlah keperluan\'. Maimun berkata didalam hatinya \' aku kagum kepada bapa dan anak yang kedua-duanya taat kepada Allah dan Rasulnya\'.

Begitulah sedikit coretan mengenai akhlak Umar dan anaknya, semoga ianya bermanafaat. Maka dapat disimpulkan bahawa:

1. Kita tidak boleh mendedahkah aib orang ( lebih kepada peribadi)
2. Kita boleh mendedahkan aib orang pada kadar-kadar tertentu sekiranya melibatkan hak-hak orang awam yang mana kalau dibiarkan akan merosakkan masyarakat awam ( contoh rasuah , mencuri dan sebagainya)


Wudhu\' Zahir dan Batin 2011-09-18 10:59:01 PM
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, \"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?\" Hatim berkata, \"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu\' zahir dan batin.\"
Isam bertanya, \"Bagaimana wudhu\' zahir dan batin itu?\"
Hatim berkata, \"Wudhu\' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu\' dengan air\".

Sementara wudhu\' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya\')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

\"Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja anda berasa, iringilah perbuatan yang tidak baik dengnan perbuatan yang baik nescaya terhapuslah dosanya, dan bergaul(berkawan) orang ramai dengan perangai(kelakuan) yang baik.\"
- Diriwayatkan oleh Tarmizi dari Abi Zar

JALI Software is Up again !! 2011-09-15 3:38:50 PM
After long sleep, JALI Software website is Up again... thanks for Zaki for helping me buy a hosting, without your help this site is still at sleep ... and I still own you $100 for that...

Kisah 5 perkara aneh-kisah dan teladan 2011-03-27 11:31:01 AM
\"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi,

\"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.\"

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata,

\"Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.\"

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti.

Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur \'Alhamdulillah\'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya.

Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, \"Aku telah melaksanakan perintahmu.\"

Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, \"Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.\"

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, \"Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.\"

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya.

Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata,

\"Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.\"

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, \"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.\"

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari.

Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.

Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya,

\"Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.\"

Maka berkata Allah S.W.T., \"Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.\"

Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Selamat Tinggal Sayang 2011-01-13 6:59:58 AM
Sedih terpaksa tinggal nurul, walaupun jauh di mata tetapi tetap dekat dihati.... sayang nurul sokmo :)



   

 

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab allah , tidakkah kamu berakal?" -Al - Baqarah:44

 

Nature for Purity


Ocean is always blue


Wild Life is always the beauty


The World is always Round