| De Thu Beach Resort | 2010-09-22 3:08:36 AM |
|---|---|
| hmmm... terpaksa bertapa selama 3 hari kat De Rhu untuk menjalani taklimat TOR Perunding,...boring nya... mengantuk pun ada...sampai ke malam kena duk sini...aduiiii tensennyaaaaa... | |
| Selamat Hari Raya Aidil Fitri | 2010-09-17 4:53:00 AM |
| Ramadhan telah berlalu.... Selamat Hari Raya untuk semua, Maaf Zahir dan Batin... | |
| Sunnah Bersahur | 2010-08-17 12:14:57 AM |
| 1. Hikmah difardukan suhur Allah berfirman : Maksudnya : \" Wahai orang-orang yang beriman, telah difardukan puasa ke atas kamu, sepertimana difardukan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa \" [Al-Baqarah : 183] Sesungguhnya telah difardukan ke atas muslimin ibadah puasa sepertimana difardukan ke atas ahli kitab dari segi hukum dan juga waktu ; jika seseorang itu tidur dan terjaga sebelum tibanya waktu subuh, dia tidak dibenarkan makan, minum serta mendatangi isteri hingga keesokan malam. Apabila perintah ini telah dinasakhkan, Rasulullah telah memerintahkan kaum muslimin bersahur untuk membezakan antara puasar muslimin dan puasa ahli kitab. Dari \'Amru bin Al-\'As, sesungguhnya bersabda :rRasulullah Maksudnya : \" Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur \". [HR Muslim : 1096] 2. Kelebihan bersuhur a. Keberkatan pada makanan suhur bersabda :- Nabi Maksudnya : \" Bersuhurlah, sesungguhnya, pada makanan sahur itu ada keberkatan \" [Al- Bukhari : 1923, Muslim : 1095] b. Allah dan para malaikat mendoakan orang yang bersuhur bersabda- Nabi : Maksudnya : \" Makanan suhur itu berkat, maka jangan sekali-kali kamu meninggalkannya, walaupun kamu meneguk seteguk air, sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mendoakan mereka-mereka yang bersuhur \". [HR Ahmad : 3/12 & 44 , Ibnu Hibban : 3476] 3. Makanan yang terbaik untuk bersuhur bersabda :Nabi Maksudnya : \" Sebaik-baik makanan suhur mukmin itu adalah tamar \" [HR Abu Daud : 2345] - Sekiranya tiada ada makanan, sudah kenyang atau tidak ingin makan, maka minumlah sekurang- kurangnya seteguk air. Apakah kita tidak ingin keberkatan serta doa dari Allah serta para malaikatnya? Ini berdasarkan hadis yang lalu di mana Nabi bersabda : Maksudnya : \" Walaupun dengan meneguk seteguk air \". [HR Ahmad : 3/12 & 44, Ibnu Hibban : 3476] 4. Melewatkan bersuhur - Dari Anas, beliau meriwayatkan dari Zaid bin Thabit, telah berkata : Maksudnya : \" Kami , kemudian bangun untuk bersolat. Aku telahrtelah bersuhur bersama dengan Nabi berkata (Anas) : Berapa lama tempoh antara azan dan bersuhur ? Dia (Zaid) menjawab : Dengan kadar 50 ayat (bacaan Al-Quran) \" [HR Al-Bukhari : 1821, Muslim : 1097] - Al-Hafiz Ibnu Abdil Barr telah berkata : \" Hadis-hadis yang berkaitan dengan mempercepatkan berbuka puasa dan melewatkan bersuhur adalah mutawatir….. \" - Sekiranya telah dikumandangkan azan, sedangkan minuman masih ditangan kita, apa yang perlu dilakukan ? Nabi bersabda : Maksudnya : \" Apabila salah seorang dari kamu telah mendengar azan, sedangkan minuman masih ditangannya, maka janganlah dia meletakkan minuman tadi sebelum dia menunaikan hajatnya \" [Lihat Shahih Sunan Abi Daud : 2060] 5. Hukum bersuhur - Dari hadis-hadis yang lalu, maka dapatlah kita simpulkan di sini bahawa, hukum bersuhur adalah sunnah mu\'akkadah. Ini berdasar 3 qarinah : 1. Perintah Nabi 2. Suhur membezakan antara puasa muslimin dan ahli kitab. 3. Larangan Nabi dari meninggalkan suhur. **SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ** | |
| NO SELF PITY !! | 2010-07-27 11:58:51 AM |
| Apabila tiada lagi air mata untuk menangis, apabila tiada siapa ingin membantu, apabila tiada lagi tempat untuk bergantung, apabila kemahuan tidak pernah diperolehi, apabila keinginan tidak pernah dikecapi, apabila belas ihsan tidak lagi diperolehi,apabila pemberian tidak pernah dihargai, apabila keringat menitis kebumi tetapi hasilnya dituai orang lain....jerih diperah sehabis-habisnya disaat ketika hanya mampu mendongak kelangit, dan merenung kembali ke bumi, melihat keramaian seakan kosong apa yang ada hanyalah dirimu, tegak berdirinya dirimu hanyalah kerana kamu, sakitnya dirimu hanyalah kamu, jerihnya kamu hanyalah kamu, apa yang ada hanyalah kamu Seorang .... seorang, iya hanya kamu seorang ...iya aku hanya seorang, maka aku kebumikan diriku seorang diriku.... lalu aku mati...ya, aku telah lama mati. | |
| WE ARE PROGRAMMED!! | 2010-07-20 5:13:39 AM |
| We are all programmed , to do things and what not to do, when the program has bugs!! , debugging is a pain in the ass... It takes a good programmer and a debugger to debug! Need to know the core language, but only few know the machine language.. what the heck !! B402B202CD21CD20 !! | |




